UMRAHZIARAH2008

Umrah Mengikut Sunnah

UMRAH2008

Assalaamu`aalaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Muslimin dan muslimat,

Sekiranya anda berminat untuk mengerjakan umrah maka disini saya mengajak anda semua mengerjakan umrah sambil melihat kesan peninggalan umat silam yang telah dihancurkan ALLAH. Firman ALLAH : ” Apakah mereka tidak mengembara diatas muka bumi ini melihat balasan yang ALLAH telah timpakan ke atas ummah yang terdahulu yang telah mendustakan ayat-ayat ALLAH”

Mengerjakan umrah merupakan hasrat setiap muslim dan muslimah. Namun begitu ramai yang telah mengerjakan umrah menyangka ibadah yang mereka laksanakan sudah menepati apa yang di lakukan oleh Nabi Sallallaahu`alaihi wasallam. Sewaktu mengerjakan umrah mereka membaca atau menghafaz semua doa’ yang dimuatkan didalam kitab- kitab haji dan umrah yang melambak dijual di kedai-kedai buku. Adakah ini yang dituntut ketika mengerjakan umrah sedangkan hanya sebilangan kecil sahaja doa’ yang diamalkan oleh Nabi Sallallaahu` alaihiwasallam, apakah doa-doa itu ? Adakah boleh kita menyaringkan suara sewaktu tawaf sebagaimana dilakukan oleh sebahagian jama’ah atau para Mutawwif ( Pembimbing ), yang dapat mengganggu orang lain yang sedang khusyu` melakukan tawaf ? Inilah yang menjadi salah satu sebab mengapa saya mengajak anda semua mengerjakan umrah bersama saya.Pada tahun ini, insha` ALLAH saya mula bercuti pada 19.3.08 sehingga 16. 6. 08. Saya belum membuat cadangan lagi samada nak mengerjakan umrah sahaja atau sambil melawat negara lain seperti Jordan atau Syria atau Kaherah. Saya perlu feedback dari jemaah dahulu barulah boleh membuat keputusan. Setakat ini ada yang nak pergi umrah sahaja dan ada juga yang nak melawat ke tempat lain. Besar kemungkinan saya akan pergi 2 trip tahun ini.

Insha ALLAH trip pertama saya akan mengerjakan umrah akhir March atau dalam bulan April, manakala Pada cuti sekolah bulan Mei 2008, insha` ALLAH sekali lagi saya akan mengerjakan umrah sahaja atau UMRAH/KAHERAH atau UMRAH/JORDAN dan mungkin melalui Jordan juga atau berpecah , tertakluk kepada permintaan. Kalau ramai ramai yang nak ikut serta, satu group ke Makkah sahaja dan satu group lagi Umrah dan ziarah ke negara Arab yang lain .

Saya pernah ke Jordan pada tahun 1994, 1995,1996 dan 2007. 4 Kali pergi ke Jordan dalam perjalanan ke Makkah. Saya pergi ke Jordan kerana orang-orang yang ikut saya nak melawat Baitul Maqdis. Alhamdulillah kami dapat melawat Baitul Maqdis tahun 1995 dan 1996. Walaubagaimana pun sekiranya anda nak mengerjakan umrah sahaja tanpa lawatan saya akan mengikut sahaja.

Walaubagaimana pun saya lebih suka kalau anda ikut saya pada hujung March atau bulan April ini kerana pada musim cuti sekolah, selain harga tiket naik 200RM – 300RM, jemaah umrah juga sangat ramai nanti terutamanya dari Malaysia. Mengikut perangkaan tahun-tahun lepas seramai 15000 rakyat Malaysia membanjiri Makkah pada musim cuti sekolah Mei/Jun,

Saya juga tidak galakkan anda pergi awal atau tengah bulan March atau awal dari itu kerana sebab-sebab yang akan saya nyatakan selepas ini..

Ada orang takut nak masuk Baitul Maqdis kerana tidak aman. Ramai orang yang tak faham. Sebenarnya Baitul Maqdis ialah sebuah daerah. AlMasjidil Aqsa terletak dalam daerah Baitul Maqdis Lama ( Old jurusalem). Al Masjidil Aqsa adalah kawasan yang selamat. Kalau tak selamat awal-awal lagi ( sebelum memasuki Baitul Maqdis ) kerajaan Jordan akan menutup boarder. Bayaran untuk ke Baitul Madis pula mahal. Sewaktu saya pergi tahun 1995 dahulu saya dan 14 orang lagi jemaah kena bayar 200USD untuk pakej 3 hari 2 malam di Baitul Maqdis, manakala tahun 1996 pula, saya dan 10 orang lagi jemaah dikenakan bayaran 150USD untuk 2 hari 1 malam . Yang mahal sebenarnya wang hangus, iaitu cukai masuk 27USD, cukai keluar 25USD dan bayar kepada kementerian Dalam negeri Jordan (boader tax ) 20USD. Kalau tak ada cukai2 ini memang murah harganya.

Saya rasa amat gembira bila pertama kali dapat menjejakkan kaki ke AlMasjidil Aqsa kerana memang saya bercita-cita sejak kecil lagi untukmelawatnya , setelah tok guru dipondok saya belajar di Kelantan menceritakan kisah lawatannya ke Baitul Maqdis pada tahun 1965. Ketika itu Baitul Maqdis masih dibawah kawalan kerajaan Jordan. Hanya pada tahun 1967 kerajaan Yahudi merampasnya dalam perang 6 hari sahaja. Sungguh sayang tempat suci ketiga jatuh ke tangan yahudi laknatullaah. Saya rasa sayu sewaktu berada dalam Al Masjidil Aqsa untuk menunaikan solat maghrib dan`isha`. Lama saya terpaku , amat sedih sekali, sama seperti kali pertama kita terpaku dihadapan Kaa`bah. Keesokannya saya mendengar azan sayup dari Al Masjidil Aqsa dan saya nak pergi solat di sana tetapi penjaga hotel tempat kami menginap menasihatkan agar bersolat di masjid berdekatan kerana bimbangkan keselamatan, maklumlah tengah gelap dan untuk ke Al Masjidil Aqsa kita mesti masuk kota lama Baitul Maqdis ,melalui rumah-rumah lama dan lorong-lorong yang berliku, seolah-olah kita hidup beratus-ratus tahun yang lampau. Saya tak puas tinggal diBaitul Maqdis 2 malam, sedih rasanya meninggalkan Baitul Maqdis , sama sedihnya ketika saya nak kembali ke tanah air selepas tamat belajar diMadinah 20 tahun dahulu. Insha` ALLAH, saya berazam, kalau panjang umur, sekiranya Baitul Maqdis jatuh ke tangan umat Islam kembali ,saya bercadang nak tinggal sebulan di sana. Mengikut hadith apabila yahudi di usir keluar dari Baitul Maqdis, itu tandanya amat hampir dengan qiamat.

Saya ini bukan travel agensi , Saya sendiri yang uruskan makan minum dan pengangkutan semasa di Tanah suci. Dalam erti kata lain macam backpack juga. Untuk lawatan kita boleh bincang bila nak melawat ke tempat-tempat bersejarah di Makkah dan Madinah. Begitu juga penginapan, nak yang murah, yang mahal semua boleh .

Sejak tahun 1994 hingga tahun lepas kami bermalam di Madinah 3 malam kerana tak puas 2 malam, lebih-lebih lagi saya pernah tinggal selama 6 tahun di Madinah. Pernah saya bermalam 4 malam di Madinah, rasanya sebanyak 2 kali. Tahun ini tak tahu lah nak tinggal berapa malam di Madinah. Kalau mahal sangat 3 malam sahaja lah nampaknya. Harga hotel di Makkah pula mengikut kategori, ianya lebih murah dari Madinah. Kos pengangkutan pula seperti berikut:
Bas Besar ( 45 passengers ) : 2500RM
Coaster ( 25 passengers ) : 1700RM
Van/GMC : 1200RM
Ini ialah harga pada tahun-tahun lepas. Pada tahun ini rasanya tidak berubah.
Kos pengangkutan juga bergantung kepada bilangan jemaah. Kalau jemaah ramai dapat jimatkan kos tetapi kalau sedikit susah lah nak cover. Begitu juga penginapan , kalau ramai mungkin 1 atau 2 orang dapat percuma.

Sekiranya rombongan kita dalam lingkngan 18 orang ke atas biasanya saya sewa bas besar yang bermuatan 45 orang kerana ianya lebih selesa.

Tentang penginapan pula memang sejak dahulu lagi kami menginap di bilik yang mempunyai bilik air didalamnya, bermakna bilik air tidak berkongsi dengan orang dari bilik yang lain.Yang mana berkelamin saya letakkan 2 orang sebilik. Ceramah atau tazkirah akan diadakan dan disampaikan oleh saya sendiri, insha` ALLAH.

Dengan ini saya mengajak sesiapa yang berminat nak ikut serta boleh lah e mail kat saya secepat mungkin kerana saya bercadang nak pergi pada hujung Mei atau bulan April .
Seperti yang saya jelaskan kalau makin ramai makin murah kerana boleh cover bayaran bas.

Sekian semoga penjelasan saya ini bermanfaat.Semoga kita semua dibimbing ALLAH.

Wassalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh

Saudaramu sesama islam
naasiha@yahoo.com

st post. Edit or delete it and start blogging!

Februari 1, 2008 Posted by | Uncategorized | 2 Komen